Kerjaya
Dengan berbekalkan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Pemuzik-pemuzik asal kumpulan Iklim adalah daripada gabungan pemuzik-pemuzik mantap dari kumpulan yang pada asalnya dikenali sebagai "The Kids" di arena muzik di Terengganu pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.
Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.
Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.
Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang adalah seperti berikut:
- Suci Dalam Debu
- Satu Kesan Abadi
- Hakikat Sebuah Cinta
- Sandiwara Cinta Semusim
- Ammarah
- Bulan Jatuh ke Riba
- Gerhana Cinta Luka
- Abadi
- Selamat Tinggal Penderitaan
- Elusan Cinta
- Sayembara
- Menjejak Bayang Bayang ( duet Saleem & Wann )
- Budi
- Mimpi Yang Pulang
- Blues Terengganu Kita
- Mahligai Seribu Mimpi
- Mantera Anak Seni
- Aduhai! Seribu Kali Sayang
- Rumah Kecil Buluh Semambu
- Aku Pasti Kembali
- Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL )
- Bukan Aku Tak Cinta
- Dunia
- Patah Ranting Di Cermin Usia
- Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
- Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
- Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
- Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
- Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
- Sheilla
- What Can I Say
- Di Pintu Mahligai
- Sebenarnya Kata Pujangga
- Dialah Segalanya
- Si Karut Marut
- Bukan Niatku
- Kasih Syurgawi
- Retak Seribu
- Hey Maria
- Bukan Ku Tak Sudi
- Cinta Yang Aku Punya
- Karam Di Lautan Duka
- Mungkin Tak Pasti
- Puteri 96
- Sambutlah Tanganku
- Maaf
- Juwita
- Lara
- Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
- Dari Kekasih Kepada Kekasih
- Rajuk
- Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
- Mahligai Syahdu
- Ratib Orang Pinggiran
- Airmata Kasih
- Ratu Sanubari
- Merisik Khabar
- Antara Rintih Dan Tangisan
- Bunga Emas
- Senandung Semalam
- Insan Seni
- Semut
- Debu Debu Rindu
- Hutang
- Antara Hujan Dan Airmata
- Dendangan Kalbu
- Kau Anugerahku
- Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
- Alam Cinta
- Sepi Sekali
- Gerimis Senja
- Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
- Ke Hujung Hayat
- sampai hati
- Cinta Buana
- Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
- Wanitaku
- Kamelia
- Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
- Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
- Tamu Jiwa
- Benarkah Kerana Cinta
- Benci Tapi Rindu
- Tinggal Kenangan
Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di kaca TV untuk membuat persembahan dalam rancangan berprestij iaitu pertandingan akhir Muzik Muzik TV3. Larangan tersebut adalah arahan daripada pihak kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan masalah dadah. Lagu IKLIM yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan Muzik-Muzik 94 itu adalah Bukan Aku Tak Cinta. Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan. Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan IKLIM yang lain persis lagak sebagai seorang gangster berjaket kulit dengan berkaca mata hitam. Pada tahun berikutnya lagu-lagu IKLIM terus mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Di Pintu Mahligai adalah merupakan lagu yang paling top pada tahun 1995 sehingga ia sering berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar